Privacy Notice / Notis Privasi

Effective Date / Tarikh Berkuat Kuasa: 25 August 2026

Introduction / Pengenalan

English

ACGN No Tomodachi The Animate & Other Collections (“ACGN No Tomodachi”, “we”, “us” or “our”) respects your privacy and is committed to protecting your personal data.

This Privacy Notice explains how we collect, use, disclose, store and otherwise process your personal data when you visit or use our website at https://acgntomo.com, create an account, place an order, contact us, or use our services.

Bahasa Melayu

ACGN No Tomodachi The Animate & Other Collections (“ACGN No Tomodachi”, “kami” atau “kita”) menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda.

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, menyimpan dan memproses data peribadi anda apabila anda melayari atau menggunakan laman web kami di https://acgntomo.com, membuat akaun, membuat pesanan, menghubungi kami atau menggunakan perkhidmatan kami.

Personal Data We Collect / Data Peribadi Yang Kami Kumpul

English

Depending on how you interact with our website and services, we may collect the following personal data:

  • ​Full name​
  • Email address​
  • Telephone or mobile phone number​
  • Billing address​
  • Shipping or delivery address​
  • Order and purchase information​
  • Account login details​
  • Information you provide when contacting customer support
  • ​Payment-related details necessary to process transactions (processed securely via our payment gateways)​
  • Technical information such as IP address, browser type, device information, and website usage activity​
  • Other information that you voluntarily provide to us

Bahasa Melayu

Bergantung kepada cara anda berinteraksi dengan laman web dan perkhidmatan kami, kami mungkin mengumpul data peribadi berikut:

  • ​Nama penuh
  • ​Alamat e-mel
  • ​Nombor telefon atau telefon mudah alih
  • ​Alamat pengebilan
  • ​Alamat penghantaran
  • ​Maklumat pesanan dan pembelian
  • ​Maklumat akaun
  • ​Maklumat yang anda berikan apabila menghubungi kami
  • ​Maklumat berkaitan pembayaran yang diperlukan untuk memproses transaksi (diproses secara selamat melalui gerbang pembayaran kami)
  • ​Maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, maklumat peranti dan aktiviti laman web
  • ​Maklumat lain yang anda berikan secara sukarela

How We Collect Personal Data / Cara Kami Mengumpul Data Peribadi

English

We may collect personal data directly from you when you:

  • Create or use an account
  • ​Place an order
  • ​Complete checkout
  • ​Contact us
  • ​Subscribe to our marketing communications
  • ​Participate in promotions, surveys, polls, lucky draws or other activities
  • ​Browse or interact with our website

Bahasa Melayu

Kami mungkin mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:

  • ​Membuat atau menggunakan akaun
  • ​Membuat pesanan
  • ​Melengkapkan proses pembayaran
  • ​Menghubungi kami
  • ​Melanggan komunikasi pemasaran kami
  • ​Menyertai promosi, tinjauan, undian, cabutan bertuah atau aktiviti lain
  • ​Melayari atau berinteraksi dengan laman web kami

Purposes of Processing / Tujuan Pemprosesan

English

We may collect and process your personal data for the following purposes:

  • To create and manage your customer account
  • ​To process and fulfil your orders
  • ​To arrange delivery of your purchases
  • ​To process and confirm payments
  • ​To communicate with you about your orders
  • ​To provide customer service and support
  • ​To respond to your enquiries
  • ​To maintain and improve our website and services
  • ​To prevent fraud, abuse and unauthorised activities
  • ​To administer promotions, polls, lucky draws and other activities
  • ​To send marketing communications where permitted and where you have provided the necessary consent
  • ​To comply with applicable laws and legal requirements

Bahasa Melayu

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • Untuk mendaftar dan menguruskan akaun pelanggan anda
  • ​Untuk memproses dan memenuhi pesanan anda
  • ​Untuk menguruskan penghantaran barangan yang dibeli
  • ​Untuk memproses dan mengesahkan pembayaran
  • ​Untuk berkomunikasi dengan anda mengenai pesanan anda
  • ​Untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan dan sokongan
  • ​Untuk menjawab sebarang pertanyaan anda
  • ​Untuk menyelenggara dan menambah baik laman web serta perkhidmatan kami
  • ​Untuk mencegah penipuan, penyalahgunaan dan aktiviti yang tidak dibenarkan
  • ​Untuk menguruskan promosi, tinjauan, cabutan bertuah dan aktiviti lain
  • ​Untuk menghantar komunikasi pemasaran sekiranya dibenarkan dan di mana anda telah memberikan kebenaran yang diperlukan
  • ​Untuk mematuhi undang-undang dan kehendak perundangan yang berkuat kuasa

Disclosure of Personal Data / Pendedahan Data Peribadi

English

Where necessary for the purposes described in this Notice, we may disclose relevant personal data to selected third parties, including:

  • Payment service providers
  • ​Courier and delivery providers
  • ​Website hosting and technical service providers
  • ​IT, security and website service providers
  • ​Email and marketing service providers
  • ​Analytics and advertising service providers, where applicable
  • ​Professional advisers and service providers (such as auditors, legal advisers and accountants)
  • ​Government authorities, statutory bodies, regulators or law enforcement agencies where required or permitted by law

Bahasa Melayu

Jika diperlukan bagi tujuan yang diterangkan dalam Notis ini, kami mungkin mendedahkan data peribadi yang berkaitan kepada pihak ketiga terpilih, termasuk:

  • Penyedia perkhidmatan pembayaran
  • ​Penyedia perkhidmatan kurier dan penghantaran
  • ​Penyedia pengehosan laman web dan perkhidmatan teknikal
  • ​Penyedia perkhidmatan IT, keselamatan dan laman web
  • ​Penyedia perkhidmatan e-mel dan pemasaran
  • ​Penyedia perkhidmatan analitik dan pengiklanan, di mana berkenaan
  • ​Penasihat profesional dan penyedia perkhidmatan (seperti juruaudit, penasihat undang-undang dan akauntan)
  • ​Pihak berkuasa kerajaan, badan berkanun, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang di mana diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang

Payment and Transactions / Pembayaran dan Transaksi

English

Payments made through our website may be processed by third-party payment service providers.

We do not store complete credit card or debit card details on our website. Payment information is processed directly by the relevant payment service provider in accordance with its own terms, privacy notice and security practices.

We may receive information such as payment status, transaction reference numbers and payment methods so that we can process and manage your order.

Bahasa Melayu

Pembayaran yang dibuat melalui laman web kami diproses oleh penyedia perkhidmatan pembayaran pihak ketiga.

Kami tidak menyimpan maklumat lengkap kad kredit atau kad debit di laman web kami. Maklumat pembayaran diproses secara langsung oleh penyedia perkhidmatan pembayaran yang berkenaan berdasarkan terma, notis privasi dan amalan keselamatan mereka sendiri.

Kami mungkin menerima maklumat seperti status pembayaran, rujukan transaksi dan kaedah pembayaran bagi membolehkan kami memproses dan mengurus pesanan anda.

Cookies / Kuki

English

Our website may use cookies and similar technologies to provide essential functions, maintain shopping cart and session information, remember preferences, improve website performance and understand how visitors use our website.

Some cookies may be provided by third-party services used on our website.

You may manage or disable cookies through your browser settings. However, disabling certain cookies may affect some website functionality.

Bahasa Melayu

Laman web kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk menyediakan fungsi penting, mengekalkan maklumat troli dan sesi, mengingati pilihan anda, meningkatkan prestasi laman web dan memahami cara pelawat menggunakan laman web kami.

Sesetengah kuki mungkin disediakan oleh perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan di laman web kami.

Anda boleh mengurus atau melumpuhkan kuki melalui tetapan pelayar anda. Walau bagaimanapun, melumpuhkan kuki tertentu mungkin menjejaskan sesetengah fungsi laman web.

Data Security / Keselamatan Data

English

We take reasonable technical and organisational measures to protect personal data against unauthorised access, disclosure, alteration, misuse, loss or destruction.

These measures may include secure connections, access controls, software updates, security monitoring and other appropriate safeguards.

However, no method of transmission over the internet or electronic storage can be guaranteed to be completely secure.

Bahasa Melayu

Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi yang munasabah untuk melindungi data peribadi daripada akses, pendedahan, pengubahsuaian, penyalahgunaan, kehilangan atau kemusnahan tanpa kebenaran.

Langkah ini mungkin termasuk sambungan yang selamat, kawalan akses, kemas kini perisian, pemantauan keselamatan dan perlindungan lain yang sesuai.

Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui internet atau penyimpanan elektronik boleh dijamin sepenuhnya selamat.

Retention of Personal Data / Penyimpanan Data Peribadi

English

We retain personal data only for as long as reasonably necessary for the purposes for which it was collected, including order fulfilment, customer support, transaction records, fraud prevention, dispute resolution and compliance with applicable legal requirements.

When personal data is no longer required, we will take reasonable steps to delete, anonymise or securely dispose of it where appropriate.

Bahasa Melayu

Kami menyimpan data peribadi hanya untuk tempoh yang diperlukan secara munasabah bagi tujuan ia dikumpul, termasuk pemenuhan pesanan, sokongan pelanggan, rekod transaksi, pencegahan penipuan, penyelesaian pertikaian dan mematuhi kehendak perundangan yang berkuat kuasa.

Apabila data peribadi tidak lagi diperlukan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memadam, merahsiakan (anonymise) atau melupuskannya secara selamat mengikut keadaan yang sesuai.

Your Rights / Hak Anda

English

Subject to applicable laws and requirements, you may have rights in relation to your personal data, including the right to request access to or correction of your personal data and to exercise other rights available under applicable law.

You may contact us if you wish to make a request concerning your personal data. We may need to verify your identity before processing certain requests.

Bahasa Melayu

Tertakluk kepada undang-undang dan keperluan yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak berkaitan data peribadi anda, termasuk hak untuk meminta akses kepada atau pembetulan data peribadi anda serta melaksanakan hak lain yang tersedia di bawah undang-undang yang berkenaan.

Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin membuat permintaan berkaitan data peribadi anda. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memproses permintaan megenai data peribadi anda.

Marketing Communications / Komunikasi Pemasaran

English

Where permitted by applicable law, we may send you marketing communications about new products, promotions, events, campaigns and other updates.

Where consent is required, we will obtain the appropriate consent before sending such communications.

You may unsubscribe from marketing communications by using the unsubscribe option provided in the communication or by contacting us.

Bahasa Melayu

Jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kami mungkin menghantar komunikasi pemasaran mengenai produk baharu, promosi, acara, kempen dan kemas kini lain.

Jika persetujuan diperlukan, kami akan mendapatkan persetujuan yang sewajarnya sebelum menghantar komunikasi tersebut.

Anda boleh berhenti melanggan komunikasi pemasaran dengan menggunakan pilihan berhenti melanggan yang disediakan dalam komunikasi tersebut atau dengan menghubungi kami.

Third-Party Websites / Laman Web Pihak Ketiga

English

Our website may contain links to third-party websites or services, including marketplace platforms and social media platforms.

We are not responsible for the privacy practices, content or security of those third-party websites. We recommend reviewing their respective privacy policies before providing personal data to them.

Bahasa Melayu

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga, termasuk platform pasaran (marketplace) dan platform media sosial.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi, kandungan atau keselamatan laman web pihak ketiga tersebut. Kami mengesyorkan anda untuk menyemak dasar privasi masing-masing sebelum memberikan data peribadi kepada mereka.

Changes to This Privacy Notice / Perubahan Kepada Notis Privasi Ini

English

We may update this Privacy Notice from time to time to reflect changes to our website, services, technology, business practices or applicable legal requirements.

When we make changes, we will update the Effective Date at the beginning of this Notice.

Bahasa Melayu

Kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada laman web, perkhidmatan, teknologi, amalan perniagaan kami atau kehendak perundangan yang berkuat kuasa.

Apabila kami membuat perubahan, kami akan mengemas kini Tarikh Berkuat Kuasa di bahagian permulaan Notis ini.

Contact Us / Hubungi Kami

English

If you have any questions, requests or concerns regarding this Privacy Notice or the handling of your personal data, please contact us at:

ACGN No Tomodachi The Animate & Other Collections

Bahasa Melayu

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau kebimbangan berkaitan Notis Privasi ini atau pengendalian data peribadi anda, sila hubungi kami di:

ACGN No Tomodachi The Animate & Other Collections